Hari Pertama Darjah Satu

Hari pertama persekolahan, Adam ditemani mama dan papa. Kami sentiasa ada di sekolah. Memandangkan kami perlu train Adam supaya biasa dengan persekitaran baru, dari hari pertama Adam terpaksa berdikari.

Paginya, Adam di hantar ke sekolah kebangsaan. Ada perhimpunan pagi dan taklimat untuk ibubapa. Anak-anak masuk ke kelas pada jam hampir 9 pagi. 

Mama dan papa punya la skema. Dah cikgu kata tunggu di kantin, kami duduk di kantin la. Merasa makanan di kantin. Bila ke toilet, makkkk aiii... ramainya parents bersidai di tepi kelas! Kikiki. Maka, dapatlah kami ambil gambar Adam :)



Waktu rehat, Adam ke kantin dengan bekal air dan wallet. Hohoho! Lain kali nak update pasal his first wallet.

Adam beratur membeli makanan. Hurmm... apa agaknya pilihan Adam? Mini pizza. RM1.50 sekeping. Sudah makan, Adam beli air vitagen 2. Total belanja : Rm3.50.

Owh... Adam makan seorang ditemani mama dan papa. Selesai makan, terdengar suara budak memanggil. " Adam! Adam! ". Rupanya Qayyim, kawan Adam dari tadika. Hurm.... dah jumpa kawan, kira selesai la tugas mama dan papa.

Sempat mama dan papa keluar membeli barang-barang dapur di dalam masa sejam. Kikiki. Cari tupperware yang ada tangkai untuk bekalan Adam. Malangnya tak jumpa.

Selesai membeli, kembali semula ke sekolah kebangsaan. Mama dah call driver bas pada paginya. Berjanji nak jumpa pada waktu tengahari : bayar tambang dan perkenalkan Adam.

Sebelum tamat waktu persekolahan, mama jemput Adam dan tunjukkan bas sekolah yang perlu Adam naik. Adam diperkenalkan kepada driver bas, Cik Mah.

Adam menaiki bas ke transit. Transit di tadika lama. Mudah!

Kami ikut dari belakang dengan kereta. Tepat pukul 2, Adam keluar untuk menaiki bas ke sekolah agama pula. Sempat interview Adam. 

" Makan apa? ".

" Nasi dengan sup ikan ".

" Sedap? ".

" Sedap ".

Adam naik bas. Mama dan papa menunggu di sekolah agama pula. Sekali lagi, ada taklimat. 


Rehat kul 4. Kami lunch dulu di kantin sementara tunggu Adam. Adam ke kantin bersama kawan sekelas. 


Muiz namanya. Beli nugget dan vitagen. Sekolah agama pun habis RM3. Duit masih berbaki. Kot-kot ada apa teringin nak makan pula!

Baliknya, Adam naik bas ke transit. Kami follow belakang dan ambil Adam di transit.

Adam ada kawan-kawan di sekolah. Insya Allah, anak mama selamat di sekolah. Yang dirisaukan adalah turun naik bas sekolah!

Fuhhh!!! Panjangnya hari pertama persekolahan! Tunggu hari kedua dan ketiga pula :)

5 comments:

  1. WAH..Seronokla Mama dan Papa sekali temankan Adam masa hari pertama sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. excited! anak masuk darjah satu la katakan... memang seharian dua2 kat sekolah!

      Delete
  2. tahniah adam berjalan naik bas...jadi anak yg soleh dan Berjaya dunia akhirat k :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. risau juga mak... maklumlahhh... bukan pandai nak naik turun bas

      Delete
    2. risau juga mak... maklumlahhh... bukan pandai nak naik turun bas

      Delete